Our History
Institut Kemajuan Wanita Malaysia ditubuhkan pada 11th Mac 1987 bagi tujuan memfokuskan semua aspek kebajikan, pembangunan modal insan, ekonomiserta aktiviti kemasyarakatan untuk negara Malaysia kepada rakyat Malaysia.
IKWAM telah didaftarkan di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965 Persetujuan Seksyen 22(1). Menurut Seksyen 22(1), Akta Syarikat 1965 telah dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu Menteri Perdagangan Dan Perindustrian, telah memberi persetujuan untuk menubuhkan sebuah SYarikat yang akan diperbadankan iaitu INSTITUT KEMAJUAN WANITA MALAYSIA (IKWAM). Sebagai menghormati kerajaan Malaysia yang banyak membantu dalam penubuhan ini, IKWAM telah melantik Datin Seri Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali sebagai penaung yang telah merasmikan IKWAM pada 9th September 1987. |
Sempena tahun 2020 dan peralihan negara Malaysia ke milenium yang baharu, YABhg Tun Dr Siti Hasmah telah berkenan menyampaikan pesanan kepada ahli-ahli di samping memberi pengiktirafan kepada halatuju baru IKWAM. Berikut Amanat Khas dari Penaung Kehormat IKWAM yang beliau sampaikan pada 21 Februari 2020 yang di dedikasi oleh IKWAM kepada semua wanita di mana sahaja.
|